Wednesday, 26 April 2017

Phuket bersama viva tapir part 1

Assalamualaikum w.b.h.
Rasanya dah lama aku tidak menjenguk ruangan ni dah bersawang, sama lah macam bilik yang aku duduk sekarang.... setahun empat kali je aku jenguk, tu pun untk menaip minit. Untuk entry kali ni aku akan cuba menulis seringkas mungkip, trip aku dan keluarga pada kali ini, PHUKET yang menjadi tempat aku jejaki bersama keluarga bersama kereta mencari rezeki kami iaitu VIVA 660 low spec radio pun takdak.
Ini dia kereta kesayang bini aku merangkap the star of the show...
Perjalanan yang dirancang selepas isteri menukar keempat-empat tayar kereta tersebut dan membetulkan aircond kereta, lalu aku cuba memancing kesukaan isteri iaitu travelling.... "Umie tayar dah tukar, aircond dah servis, jom ar... tgu ape lagi..." sambil ketawa dia membalas, nak gi mane ? pergh itulah soalan yang aku tunggu tunggu, jom kita gi phuket nak, aku membalas... dengan bersungguh dia membalas, jom lah kita pun tak pernah sampai phuket lagi. Dengan berbekalkan perkongsian perbelanjaan RM 1500 seorang aku dengan pantas membawa dia ke money changer, so RM 3000 dah pun ditukarkan ke THB.
20/03/17
Tiba hari kejadian, bearing keta plak dok berbunyik, jadi kena la pi baiki dulu, ujian sungguh....
So melayang la jugak duit buat pebaik qeta.... adoilah... apa nak buat, kurang lebih jam tiga juga bertolak dari melaka terus ke perlis, Bila bawak anak anak ni (Ayyasy 6 tahun dan Aariz 5 tahun) kena la singgah sebab nak buang air bagai... hentian pertama ialah R&R dengkil arah utara.

korang nampak tak..... sempat lagi kan, nak main, aduilah.... tapi ni lah yang membahagiakan keluarga kecil kami... selesai hajat semua kami meneruskan perjalanan dengan keadaan yang jem teruk... uhuhuhu sangkut kat dengkil saja kurang lebih dua jam.... adoilah, namun kami tetap ceria...
                                             Korang nampak tak muke sorang sorang eksaited
                                                             walaupun jalan jem gila !!!!
Pemanduan yang agak meletihkan kerana tak bleh memandu laju sbb jalan jem satu, keta viva 660 satu, bini dok beletiaq satu... jadi dengan berbekalkan 90 km/j punya lah azab nak sampai... so perhentian kedua ialah sungai perak arah utara untuk makan malam, sebab anak anak sume dah lapaq...
Selesai makan malam dan solat, perjalanan kami teruskan ke utara... aiyok tak sabaq nak luruskan badan... lengoh yakmat dah ni.... sampai penang seperti biasa pekena CKT teloq dibasuh dulu kat sungai dua, anak anak dah LUP dua dua orang dalam keta...

CKT size besaq....
 Singgah sat noe pekena CKT teloq dibasuh
SELESAI
Perjalanan diteruskan lagi ke perlis selepas mengisi minyak di SHELL sungai dua. bukan nak pomot shell tapi baguih sungguh minyak dia... jimat ! Akhirnya sampai juga kat umah TOK di perlis dalam pukui dua lagu tu... apa lagi, mandi sat lepaih tu teruih TUM.... rebah !
21/03/17
Perjalanan hari ini bermula dari umah tok, awal pagi aku bangun ke padang besaq untuk buat urusan dokumen, tapi sayangnya kedai satu habuk pun tak buka lagi pukul lapan, so terpaksalah cunggit pi changlon untuk buat semua urusan sempadan. Selesai urusan dokumen sempadan, patah balik ambik anak bini, terus ke sempadan wang kelian kurang lebih jam 10.00 pagi kami sampai dipintu sempadan wang kelian- wang prachan...
Tak ramai orang hari ni, boleh lah berjimba jimba wat wat rilek isi form....
Lauk dah ketam ni

Selesai isi white card, apa lagi beratoq la nak chop passport.... bila dah nampak tulisan cacing tu ... apa maknanya, ?
Setelah urusan dokumen selesai di pos CIQ aku meneruskan pemanduan melintasi pintu sempadan. Macam mana nak lintas sempadan bawak keta ? Bleh rujuk FB aku, ada butiran kat sana... Destinasi pertama adalah tesco satun, sebab apa tesco satun ? Nak beli simkad thailand untuk memudahkan kami berhubung dengan keluarga melalui rangkaian internet. Sampai saja di tesco satun pencarian simkad bermula dan bila sampai je shopping complex maka bermulalah adegan drama... NINDIA nak habaq mai nak habaq pi....
DRAMA QUEEN

Masa dok beli simkad wife dok tanya makan sedap kat budak dok jual simkad tu, dia dok habaq kat pak bara, tapi aku kata dah besa, ni ada satu lagi tempat makan best dia kata kat TANYONGPO tapi dia pesan jalan ke sana memang jalan kampung dan sunyi, so jangan takut... teruskan je perjalanan... so aku pun set waze terus ke tempat tu... mmg sunyi pun jalan dia....
Korang tengok sendiri gambar tu, nak jumpa satu keta puh lama lama sekali, tapi aku tak berani bawak laju sbb langgar monyet adalah satu kesalahan kat sana, walaupun aku langgar burung dua kali pada trip kali ni, satu kat satun satu lagi kat krabi... adoi lah.... Setelah aku sesat berkali kali untuk cari tempat makan.... siap masuk kampung nelayan lagi... jalan kali pertama tu dah betoi... tapi sebab co pilot tak yakin, aku pusing balik masuk kampung nelayan... siap tanya orang situ, rata rata orang situ bleh cakap melayu... jangan risau kalau sesat kat sana... 
dengan berbekalkan direction dari orang sana aku ptah balik masuk jalan tadi nekad pi sampai hujung jalan.... then jeng, jeng, jeng..... 
 Ketam hidup tu bhai.... rare... kalau kat malaysia ada kat pulau aman, tapi harga bleh tahan mahai RM 50 sekilo.... kat sini pun mahai kurang lebih RM 35 Sekilo.


I LOVE YOU DEAR WIFE

Selesai makan tengah hari dan terus solah jamak zohor dan asar, perjalanan diteruskan ke krabi melalui pekan pekan kecil wilayah satun melalui Khuan Po, La Ngu, Kumpang, Thung Wa,  Thung Yao, Trang, Huai Yot, Sai Khao, Khlong Thom,  dan sampai ke KRABI. sampai hotel pun dah malam... Terus check in dulu, then kelur bungkuskan makanan... Balik bilik, makan dan TUM tidoq keletihan... aku jelah letih, anak anak siap dok berkejaran lagi... adoi lah... hotel yang kami sewa cantik jugak kolam renang depan bilik ja... nak tengok gambaq hotle ? sila tunggu PART 2
SELESAI SATU HARI PERJALANAN KAMI.

No comments:

Post a Comment